Thursday, January 21, 2010

PEMERGIAN KAK LONG

Selasa bersamaan 19/1/2010 lebih kurang jam 8.15 malam, seorang daripada 12 adik beradik mama kiter telah kembali mengadap Ilahi. Pemergian yang amat mengejutkan bagi seluruh ahli keluarga dekat dan jauh.
Walaupun telah dijangka ketika melihat akan keadaannya, tetapi pemergiannya didalam keadaan yang sememangnya tidak pernah terlantar sakit, walaupun ada penyakit darah tinggi yang agak kritikal bacaannye..

Kak Long mama kiter, seorang wanita yang amat kuat melawan penyakitnya..walaupun bacaan darah tingginya begitu kritikal...berpuluh tahun kak long menghidap penyakit darah tinggi..berulang kali doktor menyarankan kak long berehat di hospital..tetapi kak long tetap membantah..kak long sentiasa kelihatan sihat dan cergas. Cuma terkadang kali kak long mengadu, rasa kurang sihat, kepala pening dan badan menggigil. Anak anak kak long dan adik beradik selalu menasihati kak long supaya pergi hospital..kiranya disarankan oleh doktor supaya kak long berehat sahaja di wad...akur sahaja...seperti biasa kak long akan beri jawapan..."Kak long/mak..tak mau duduk hospital..kalau boleh kak long/mak nak mati dirumah..kak long/mak tak mau susahkan anak anak, mereka semua ada kerja..susah nanti nak jaga, susah nak cuti.."

Setelah sekian lamanya kak long menghidap darah tinggi, sekian lamanya kak long melawan penyakitnya, sekian lamanya kak long kelihatan cergas dan sihat, akhirnya kuasa Allah yang maha Hebat, pada 17/1/2010 bersamaan awal pagi ahad, jam 1 pagi, kak long tersedar dari tidurnya..merasa untuk ketandas..ketika itu kak long telah hilang segala kekuatan untuk bangun dari pembaringannya..cuma yang tinggal baki suara dan pegerakkan tangan yang masih Allah pinjamkan buat kak long. Masyallah..Allah itu Maha mengasihani..Dengan baki suara yang ada, kak long memanggil anak bongsunya agar membantunya untuk bangun. Sempat menyuruh anak bongsunya memnghubungi anak anak lain yang duduk di selangor dan juga adik mama kiter yang berjiran dengan kak long.

Ditawarkan untuk menaikki ambulan agar mudah dibawa kehospital, kak long enggan..kak long mahu tunggu anaknya sampai kerumahnya..menunggu anak yang tinggal di ceras kembali ke rumah kak long mengambil masa lebih kurang 45 minit ke 1 jam perjalanan..kak long masih bertahan dan masih boleh bersuara dan berkata dengan jelas. Setelah anak kak long tiba dirumah, kak long di bawa ke hospital seremban..dalam perjalanan kak long masih boleh bertutur... kasih ibu..dalam kepayahan bertarung melawan penyakit yang tiba tiba menyerang, kak long masih mahu dan sempat menghulur duit belanja kepada anak bongsunya kiranya doktor menahan kak long di wad..lama kelamaan tutur bicaranya sudah tidak dapat difahami..dan cuma mengambil masa lebih kurang 5 ke 10 minit..hampir sampai di hospital kak long telah diam.

Setelah di periksa oleh para doktor, kak long disahkan koma dan kritikal..semua ahli keluarga dihubungi atas nasihat doktor.Masyallah..walaupun
kak long kritikal, tetapi kak long tetap bertahan sehingga hari selasa..dan anak anak kak long di beri pilihan oleh dctor untuk membuat keputusan. Masih mahu kak long berada di hospital ataupun dibawa pulang ke rumah. Akhirnya kata sepakat diambil..kak long dibawa pulang kerumahnya. Sememangnya permintaan kak long untuk habiskan sisa hidupnya dirumah dan tidak mahu menyusahkan anak anaknya di kabulkan oleh ALLAH yang Maha mengetahui dan mengasihani..

Setibanya kak long dirumah, turun dari ambulan..kak long membuka mata..melihat disekeliling rumahnya..jelas terpancar kepuasan hatinya diwajah kak long. Tidak mengambil masa yang lama, ahli keluarga serta anak bonsu kak long mengajar kak long syahadah..Kasih ibu..ketika mendengar suara anak bongsunya..kak long menoleh sedikit dan melirik pandangannya kearah anak bongsunya..dan jelas kelihatan kak long gerakkan bibir mengikut shahadah..kak long pergi tak kembali...Kerja Allah..semuanya telah Allah tetapkan...tidak ada sesiapa pun yang dapat menyangkal apa yang Allah hendak buat. Rezeki juga ditangan Allah..DIA nak beri atau nak ambil dari hambanya..tiada siapa pun boleh menghalang..

Selama 3 hari anak perempuan kak long menjaga kak long di hospital..hanya tinggalkan sebentar cuma untuk solat, anak anak yang lain juga begitu..datang menunggu kak long ketika waktu yang dibenarkan oleh pihak hospital..hajat hati semua anak anak, kiranya mak akan diambil oleh Allah..biarlah anak anak dapat menatap...tetapi janji Allah...bukan rezeki kalian untuk melihat ibumu habiskan nafasnya...cuma rezeki si bongsu, mama kiter, ucu, mamita, mamina, mak usu, pak njang, pak hai dan kak yan sahaja di kurniakan Allah untuk berada disisi kak long ketika itu.

Anak anak yang lain terlewat sampai dari hospital..janji Allah sudah begitu..selalu berulang alik ke kampung..tiba hari itu, sesat mencari jalan pulang kekampung. ALLAH HU AKBAR...Selalu pulang ke kampung ikut laluan seremban 2..tetapi jika dari hospital..laluan rasah dan mambau adalah laluan terdekat. Sudah sekian lamanya seluruh ahli keluarga tidak mengikuti laluan Rasah dan Mambau..rupa rupanya sudah terlalu banyak perubahan di buat...sudah terlalu banyak taman perumahan di bina..mama kiter juga tersasar laluan tersebut, tetapi memandangkan mama kiter telah pulang awal dari hospital untuk kerumah kak long..maka masih sempat sampai dirumah kak long sebelum ambulan sampai.

Hancur luluh hati si anak bila sampai dimuka pintu rumah, diberitahu..mak sudah tiada..tetapi sebagai orang Islam..kena Redha dengan kehendak Allah..Sudah begitu janjinya..Alhamdulillah..keempat empat anak kak long semua dapat berbakti pada kak long..Bertuah lah anak anak bila Allah beri kesempatan dapat berbakti kepada kedua ibupanya..Dan kedua ibupa juga bertuah kiranya zuriat yang ditinggalkan adalah ank yang soleh..Hanya 3 perkara sahaja ditinggalkan oleh seorang hamba Allah setelah kematiannya..Amal jariahnya..Ilmu yang memberi manfaat dan ank yang soleh..

Mudah mudah sebagai Hamba Allah yang dikasihi..Kak long dapat tinggalkan 3 perkara ini. Semuga Allah mencucuri Rahmatnya keatas roh kak long dan menempatkannya bersama sama dengan hamba Allah yang beruntung..Amin..Al Fatihah.

6 comments:

  1. al-fatihah utk kak long mama kiter..


    tringat sy pada arwh ayh saya..

    janji allh pada umat nya.. al-fatihah...

    ReplyDelete
  2. Salam..

    innalillahiwainnailahirojiun...

    takziah buat mama kiter ats pemergian kak long..dari Allah kita datang dan dari Allah kita kembali..

    Semoga kak long mama kiter ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..

    al-fatihah

    ReplyDelete
  3. salam,

    takziah.

    moga kita yang masih hidup tabah dan sabar dengan segala ujian-Nya dan terus memperbaiki amal ibadah.

    ReplyDelete
  4. salam mamakiter. entry ini mengingatkan kakpah kepada arwah emak.
    kalau ajal sudah memanggil, kita tidak boleh menunggu walau sesaat pun. Alfatihah untuk arwah kaklong dan takziah untuk keluarga kaklong dan juga mamakiter

    ReplyDelete
  5. buat sahabat alam maya kiter semua..terima kasih sudi berkongsi kesedihan buat mama kiter dan keluarga diatas pemergian kak long..

    juga terima kasih semua sama sama mendoakan kesejahteraan roh kak long dan mudah mudah ditempatkan bersama sama dengan orang orang yg beriman..Amin..

    ReplyDelete
  6. Salam mama kiter..takziah dari saya..Teringat arwah Abah dulu..Selalu nye tak nak gi rumah anak anak kat kolumpo..sanggup dia duk sorang kat rumah, disuruh nya Ma je pegi jenguk anak cucu..

    Sekali tu, ma tak dpt join, dia pegi sorang..Dah janji Allah begitu, dia meninggal masa tidur kat rumah kakak..

    Semuga ruh arwah kak long mama kiter ditempatkan bersama ruh para nabi dan rasul, insyaAlah

    ReplyDelete