Tuesday, November 2, 2010

Kembali Bertemu Allah


Semalam mama kiter dikejutkan dengan satu panggilan talifon dari suadara bau bau bacang dengan mama kiter sekitar jam 7.45 malam. Panggilan berbunyi.."Assalamualaikum kak Ita..mak ada talipon kak Ita tak? Nak bagitau ni..abang long sudah meninggal..baru sebentar..serangan jantung dan jenazah berada di hospital sungai buloh..kalau kak ita nak menziarah..datang lah di hospital sungai buloh.."

Terkedu dan sedih dengan panggilan tersebut..rasa longlai lutut mama kiter..walaupun saudara bau bau bacang...tetapi hubungan kami memang rapat..bagaikan adik beradik bersama keluarga arwah..Mama kiter pun hubungi adik beradik mama kiter dan menyampaikan berita sedih ini...

Melihat akan ketabahan seorang isteri yang ditinggalkan suami..dua orang anak gadis yang masih belum berkahwin..aduhaiii...remuk rasa dihati..setitis airmata pun tidak tumpah dari mata isterinya..hanya diam membisu...sepatah di tanya...sepatah jua jawapan diberi..walaupun airmata tidak tumpah..tetapi raut wajah isteri dapat dilihat..betapa dia rasa kebingungan..rasa tidak percaya bahawa suami telahpun pergi kembali kepada Allah yang maha berkuasa.

Langkah yang longlai..wajah yang kosong menemani lara hati isteri..manakan mau percaya yang suami telah pergi meniggalkannya..kerana tiada sakit terlantar..masih boleh bekerja..bergurau..tiba tiba dikabarkan sakit dada menyerang..jantung tersumbat..dan terus membawa kepada kematian..kesan dari kolestrol agak tinggi..

Didalam pemilihan untuk menyempurnakan jenazah..isteri punya hak..ayah ibu juga ingin hak..di sinilah kena ada toleransi..bertolak ansur..berlapang dada..isteri punya hak..ingin menyemadikan jenazah yang disayangi hampir dengan kediaman..ayah ibu pula ingin hak menyemadikan jenazah berhampiran kediaman ayah ibu..kerana kasih pada anak..Tetapi isterilah yang lebih berhak diatas jenazah..Ayah ibu ...hanya redha mu dipohon untuk kebahgiaan anak anak...Alhamdulillah..ayah ibu mengerti...redha dengan pemergian anak..juga redha dengan hak isteri terhadap anakya...

Kembali merenung diri...berapa lamakah umurku yang Allah hedak beri pinjam..Kematian tidak mengira siapa..ayah ibu yang sakit bertahun tahun..umur juga sudah lanjut...tetapi anak yang sihat pergi dahulu..Kerana itu Nabi berpesan kepada kita umatnya...sentiasalah ingat akan kematian..sentiasalah bertaubat..kerana kematian datang tanpa memberitahu..

Al-Fatihah buat Allahyarham Kmaruzzaman Ahmad Nazli...semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditemptkan didalam golongan orang orang yang di redhai Allah..Aminnn...

No comments:

Post a Comment