Monday, November 1, 2010

Kesan Teknologi yang canggih

Sudah agak lama mama kiter menyepikan diri..sudah tidak tajam jari jemari untuk mengetuk keybord..tiada benda dan tiada cerita yang hendak dikongsi...menyebabkan mama kiter membiarkan blog dipenuhi dengan sawang..aduhaiiii...jenuh membuang sawang....

Ada sebuah kisah dizaman modern..dizaman kecaggihan teknolgi..dimana yang jauh boleh dirapatkan..yang terputus boleh di sambung..yang hilang boleh dicari..dan yang ada boleh kehilangan gara gara kecanggihan teknologi tanpa sempadan ini..

Blog, Fb, Twiter, My Space dan yang seangkatan dengannya..ada kebaikkan dan keburukkan yang terdapat didalamnya..Ada orang boleh bergaduh, bercerai, bermaksiat, bertemu jodoh dan sebagainya melalui laman yang di maksudkan..Kiranya digunakan dengan cara baik dan betul..laman laman tersebut dapat menjalinkan silaturahim juga memudahkan kerja seperti mengwar warkan juga menjemput sesuatu keraian...Jimat...mudah juga santai..

Tetapi juga mendatangkan permasaalahan yang besar bila disalah gunakan kecanggihan teknolgi ini..Ada yang meluahkan perasaan kesunyian..kemarahan..mencari teman berlaianan jenis hingga mengakibat perasaan walaupun sudah punya keluarga..Aduhaiiii...kecurangan menjadi jadi..bila hati dibiar tetamu tidak diundang menumpang duduk...Tidak kira suami ataupun isteri...jika tidak jujur diatara satu sama lain..juga hayut dibuai seronok tatkala jiwa dibelai..walaupun hanya mengenali di alam maya...Pelik..tetapi benar benar berlaku...

Jiwa lebih gembira bila diulit oleh bayangan kasih sayang yang bukan hak..lupa yang diri punya tanggugjawab..terleka dengan puji pujian dialam maya..terasa terlalu indah hidup bila ada orang diluar sana beri perhatian..terlupa akan dosa pahala...Dari berkawan melalui tulisan dialam maya..timbul keinginan untuk bertemu..timbul penipuan diatara pasangan..timbul berbagai bagai alasan utuk menutup segala...Aduhaiiiiiii...mengapa ini harus terjadi?

Bila baca akhbar...ramai pasangan yang berkahwin bertemu jodoh melalui Fb..juga ramai pasangan yang curang hingga terjadi penceraian juga disebabkan Fb..Inilah yang dikatakan...tidak bijak didalam menggunakan kecanggihan teknolgi maklumat tanpa sempadan ini...Amat menakutkan sekarang ini..kajian dibuat...didalam negara juga luar negara..orang islam maupun bukan islam..bercerai..bunuh diri..membunuh..bergaduh dan sebagainya..hasil dari laman Fb..My Space, blog, twitter dan sebagainya...

Jadi...didalam kita seronok berblog..ber Fb dan sebagaiya...perlulah di ingat ingatkan diri dan hati kita..apa yang kita cari sebenarnya di dalam laman ini..Teringat akan kata kata yang mulia Tuan Guru Mama Kiter...."Saya tidak menentang sains dan teknolgi..yang saya tentang ialah kekufuran didalam sains dan teknologi itu"

Dulu dulu mama kiter kurang faham apa yang Tuan Guru mama Kiter maksudkan..tetapi kini barulah sedikit memahami bila melihat fenomena ini makin berleluasa kini...Renung renungkan lahhh agar kita tidak tersasar..

No comments:

Post a Comment