Tuesday, September 13, 2011

BERKUMPUL DI SATU SYAWAL

Aidil Fitri muncul kembali..Setelah kehilangan kedua ibubapa..adik beradik mama kiter cuba meraikan Syawal dengan perhimpunan pada setiap satu syawal sejak 3 tahun kebelakangan ini..Tahun pertama kami berkumpul dirumah Abang Cik, tahun kedua di rumah Abang Ngah dan tahun ini dirumah Kak Lang..kami berkumpul selepas masing masing menunaikan solat hari raya di kediamanl masing masing..Ada yang datang tengahari..ada yang datang petang..mengikut keselesaan jadual keluarga masing masing.




Walapun tidak semua dapat berkumpul serentak, disebabkan ada diantara adik beradik mama kiter yang hendak pulang kekampung halaman mertua..kami tetap cuba memenuhi undangan tuan rumah di satu syawal..walaupun hanya sebentar cuma..setelah meraikan tuan rumah..ada yang bergerak ke distinasi yang dituju..yang paling jauh kampung halaman mertua adalah abang cik di Singapore manakala ucu di Muar..yang lain lain semuanya sekitar Selangor dan Negeri Sembilan..



Mudah mudahan usaha kami adik beradik cuba meyambut setiap Syawal untuk berkumpul bersama akan dapat diteruskan..Semuga apa yang diperaktikkan ini dapat dicontohi olih anak anak masing masing apabila mereka juga ketiadaan kedua ibubapa agar kasih sayang diantara mereka sentiasa dapat dipereratkan..Insyallah..Inilah yang dapat kami lakukan untuk membalas segala jasa kedua ibubapa kami kerana diantara yang Nabi sebut ..sekiranya anak anak yang telah kematian kedua ibubapanya..maka sambunglah silaturrahim diantara keluarga, saudaramara juga sahabat handai kedua ibubapanya..mudah mudahan dengan ini maka Roh kedua ibubapanya mendapat Rahmat dari Allah..Insyallah..Amin..







No comments:

Post a Comment