Thursday, September 22, 2011

JAMUAN BLOK

Alhamdulillah..raya tahun ini rumah mama kiter terpilih sebagai tuan rumah untuk mngadakan jamuan hariraya bagi maraikan jemaah surau juga blok di kediaman mama kiter.Setiap tahun penduduk taman di kediaman mama kiter akan mengadakan jamuan untuk jemaah surau juga blok masing masing. Sebelum menjamu selera dengan berbagai juadah, para jemaah lelaki akan memasukki setiap rumah untuk membaca selawat dan juga mendoakan tuan rumah akan sentiasa berada didalam rahmat juga keberkatan Allah.
 Perkara ini akan dilakukan setiap malam sepanjang syawal untuk setiap blok dan kemuncaknya jamuan akan diadakan besar besaran didataran surau bagi mengumpulkan semua penduduk untuk 4 taman yang berhampiran..Alhamdulillah memang meriah..Sebagai tuan rumah, mama kiter tidak diberatkan untuk menyediakan hidangan, cuma diminta untuk menyediakan air panas dan sejuk sahaja..manakala juadah yang beraneka dibawa setiap rumah dan dikumpulkan di rumah yang terpilih untuk menjadi tuan rumah..mudah sahaja..
Kebetulan kak teh ada dirumah mama kiter, maka dapatlah kak teh bersama sama meraikan susana meriah dirumah mama kiter. Kak Teh mengatakan bahwa bagusnya kesepakatan para penduduk ditaman mama kiter. Mengikut dari pengalaman kak teh yang telah bermaustatin selama 30 tahun di tempat kediamannya..belum pernah merasakan kesepakatan penduduk kawasannya..inilah kelebihan penduduk ditaman mama kiter. Alhamdulillah..Mungkin dikawasan lain juga ada melakukan aktiviti sepertimana penduduk taman mama kiter ini..Semuga aktiviti yang dilakukan ini sentiasa berterusan dan dapat mengeratkan ukhwah diantara sesama jiran tetangga juga mendapat keredhaan Allah hendaknya..Amin..

Jom kita layan gambar yang sempat mama kiter paparazi semasa jamuan berlangsung...




No comments:

Post a Comment