Wednesday, September 28, 2011

KAK TEH BERKEMAS

Sebelum kak teh kembali ke tanah air barunya iaitu london..sempat kak teh meninggalkan kenangan dirumah mama kiter. Kak teh minta mama kiter tolong siapkan baju melayu untuk anak anak lelakinya yang tergendala pembikinannya. Semasa mama kiter duduk goyang kaki, kak teh pula sibuk mengemas dan mengubah suai dapur mama kiter. Macam macam yang di buatnya didapur mama kiter.


Puas mama kiter menyuruh kak teh berehat kerana kak teh kurang sihat dan mengalami kecederaan tulang belakang yang dipanggil dalam istilah perubatan ialah slip disk. Tetapi kak teh mengatakan bahawa dia tidak boleh duduk lama, nanti pinggang rasa sakit. Jadinya kak teh harus bergerak..jika rasa berdiri sakit, kak teh akan duduk, jika duduk sakit, kak teh akan baring..mengikut kata kak teh..rasa tak selesa sangat sangat. Itu yang kak teh tidak boleh duduk diam katanya..


Mungkin di London kak teh kurang buat kerja maka sebab itu kak teh sibuk cari kerja yang hendak dibuat dirumah anak anak dan adik beradiknya. Tak apalah..kak teh rasa seronok sementara berada di bumi malaysia. Bila sudah kembali ke negara barunya...kak teh kata terasa sunyi kerana berjauhan dengan keluarga. Maka kak teh ambil kesempatan  untuk bergembira dengan keluarga selama 3 bulan berada di Malaysia. Layan ajelah keinginan kak teh.

Jom layan kegembiraan kak teh...





No comments:

Post a Comment