Wednesday, August 5, 2009

Bayi hancur dimakan biawak


Dua anggota polis berpakaian preman memeriksa mayat seorang bayi yang ditemui di Kampung Peramu, Kuantan semalam.



INILAH sahaja bahagian mayat bayi malang yang dibuang dan dimakan biawak di Kampung Peramu, Kuantan semalam.


KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sampah di tepi Sungai Kuantan dekat Kampung Peramu, di sini petang kelmarin tetapi mereka tidak mengendahkannya.

Sangkaan mereka ialah bungkusan yang sudah mula mengeluarkan bau busuk itu mungkin ada bangkai ayam atau itik.

Namun, ia memerlukan 'kerja' seekor biawak untuk membuktikan mereka salah.

Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi.

"Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam.

"Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi,'' jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut.


Siapakah makhluk ciptaan ALLAH yang bergelar IBU yang sangat zalim sanggup membunuh zuriat yang lahir dari rahimnya sendiri...Ke manakah perginya kasih sayang yang suci dari hati seorang ibu? Adakah ini sifat ibu di Akhir Zaman?


Aku seorang ibu yang punya hati dan perasaan..aku kasih dan cinta kepada zuriat yang ku lahirkan dari rahimku sendiri..Anak anakku umpama nyawa buat ku..Tiada harta yang paling bernilai bagiku melainkan anak anak kesayanganku..

Anda semua bagaimana?

NAUZUBILLAH...Apa nak jadi dengan manusia AKHIR ZAMAN ini..

YA ALLAH KAU PELIHARALAH KAMI DAN ZURIAT KETURUNAN KAMI DARI MELAKUKAN ENGKAR TERHADAPMU...SESUNGGUHNYA AZAB MU AMAT PEDIH.














Tanda-Tanda Saat Kematian
a) 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
b) 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
c) 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh
dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu
mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang
akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut
tersebut dan akan
sering kelihatan seperti sedang rungsing.
d) 7 hari : Mengidam makanan.
e) 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
f) 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
g) 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
h) 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh
dan asar.
i) Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi
di
bahagian belakang badan

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap
dalam
keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat MencabutNyawa*
*****

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
kumpulan
malaikat kedalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai
kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh
dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.
Datang
lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari
perut
hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali
datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya
hingga sampai kekerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang
itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi;

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail
A.S.
akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak
itu
dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu
melihat surga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada
disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan
melihat
terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan
menebarkan
sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat
kedudukannya
di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang
disekelilingi nya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat
neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang
mukmin
itu dicabut nawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut
hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah
zikir
dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu
mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa
menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut
mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan
menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah
S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."Sebaik saja
malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun
cuba
mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari
arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim
dan
keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu
untuk
mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan
sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini
menulis
ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari
arah
tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat
maut
juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari
arah
ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat
dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis
ilmu."
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki,
maka
malaikat maut cuba pula dari arah telinga.Sebaik saja malaikat maut
menghampiri telinga maka telinga pun berkata:"Tidak ada jalan bagimu
dari
arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan
zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata
tetapi
baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:"Tidak ada jalan
bagimu
dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan
kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.
"Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu
ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.
"Sebaik
saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh
orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma
Allah
dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah
mulut
dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar
dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut
kehendak
mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi
dan
tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada
hari mereka keluar dari kuburnya:-

i. Orang-orang yang mati syahid.
ii. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
iii. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk renungan kita bersama, Semoga kita mendapat RAHMAT dari ALLAH.



SUBHANALLAH




SUBHANALLAH..MAHA SUCI ALLAH!

Jelas kelihatan kalimah Allah pada permukaan air kopi Radix di dalam cawan. Sungguh besar kuasa Allah SWT. Menakjubkan!

"Sesungguhnya Kami kembalikan ke dalam neraka Jahannam nanti ramai daripada golongan manusia dan jin, mereka punya hati tetapi tidak faham dengannya, punya telinga tetapi tidak mendengar dengannya, punya mata tetapi tidak melihat dengannya. Mereka seperti binatang ternak bahkan lebih hina" ( Al-A'raf : 179 )

Seharusnya kita memandang dengan mata hati, nescaya kita akan nampak apa yang tersirat di sebalik apa yang tersurat.

Dalam kekemelutan munculnya Kopi Master Radix..mungkin apa yang terjadi ini ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui..

Ambillah iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku. Semoga Allah mengetuk pintu hati kepada sesiapa yang masih belum lagi bersama-sama memperjuangkan produk halal tanggungjawab kita bersama. Bagi pengedar-pengedar baru yang mula berputus asa dengan kemunculan kopi palsu Master Radix, harus bangkit kembali dengan semangat baru yang yakin dengan kelebihan produk kita.

Berfirman Allah SWT yang bermaksud:

" Dan Allah memberi berita gembira setiap yang baik itu dengan syurga. Barang siapa mengenali Allah dengan sebenar-benarnya lalu mentaati-Nya, berjayalah dia. "

( Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali:
al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah )

Pada hari Isnin, 13 Rejab 1430 Hijrah, lebih kurang jam 9.00 pagi, Penaung Komiti Nilai, PJS Siti Habibah Yusof mendapat panggilan telefon daripada Bendahari Komiti Nilai, Pn. Zabedah binti Man. Beliau menceritakan pada jam 6.30 pagi, anak perempuannya membancuh kopi radix untuk adik lelakinya bersarapan sebelum pergi ke sekolah. Lebih kurang pada jam 6.50 pagi, ketika anak lelakinya ingin meminum kopi yang telah disediakan oleh kakaknya itu, beliau telah terlihat satu pembentukan kalimah Allah telah timbul pada permukaan minuman kopi radix tersebut.

Suami Pn. Zabedah iaitu En. Habidin bin Mat telah mengambil gambar tersebut sebagai bukti akan kebesaran Allah dan juga untuk tatapan kami dan juga ahli HPA amnya.

CERITA DIAMBIL DARIPADA : http://hpaatnilai.blogspot.com/

http://www.dcentella.portalniaga.com
mrs_azuar `09

''Malam Pertama Kita''


Satu hal sebagai bahan renungan Kita...

Tuk merenungkan indahnya malam pertama

Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata

Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut

Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu.... mempelai sangat dimanjakan

Mandipun...harus dimandikan

Seluruh badan Kita terbuka....

Tak ada sehelai benangpun menutupinya. ...

Tak ada sedikitpun rasa malu...

Seluruh badan digosok dan dibersihkan

Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan

Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita.....

Itulah jasad Kita waktu itu



Setelah dimandikan.. ,

Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih

Kain itu ...jarang orang memakainya..

Karena sangat terkenal bernama Kafan

Wangian ditaburkan kebaju Kita...

Bahagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan

Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita

Keranda pelaminan... langsung disiapkan

Pengantin bersanding sendirian...



Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga

Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul

Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga

Serta rasa haru para handai taulan

Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir

Akad nikahnya bacaan talkin....

Berwalikan liang lahat..

Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan

Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan



Dan akhirnya..... tiba masa pengantin..

Menunggu dan ditinggal sendirian,

Tuk mem pertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..

Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah

Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah tlah pergi....

Sang Malaikat lalu bertanya.

Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...

Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....

Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Tuesday, August 4, 2009

SOLAT DHUHA

Solat Sunat Dhuha dan Kelebihannya
www.iLuvislam.com



Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha

Ertinya: " sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala".

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa


maksudnya;

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

" Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar." (HR. Anas B Malik).

" Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan." (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

" Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat." (HR Ahmad, Muslim dan Daud)

Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher


--
KEBERKATAN ALLAH TAALA HENDAK-NYA SENTIASA DI DUNIA DAN AKHIRAT..AMIIN

BERBEKAM

Darah kotor di kepala telah di sedut keluar

Tanda merah selepas berbekam

Ahad bersamaan 2/8/09 saya dan anak gadis saya telah mendapatkan rawatan bekam di pusat rawatan Nurul Iman di batu 9 Ceras..uiihhh...best tau berbekam nii...selepas berbekam..ngantukkk...tidur pun sedap..

Anak gadis saya berbekam di kepala kerana ada masaalah migraine..sebulan yang lepas anak saya berbekam di kepala dan di dapati sakit kepalanya telah hilang..maka seronok lah anak gadis saya tu..teruja nak bekam lagi dan botakkan kepala lagi..botak sikit je tauuuuu...untuk 1 cup jee..


Saya pula telah berbekam di wajah..bukan ape..teruja melihatkan anak gadis besan saya yang dulunya ada jerawat agak banyak juga lah..tetapi sekarang dah hilang dan kulit wajahnya jadi bersih..saya tanya lah anak besan saya tu.."kak DE (panggilan dalam family) pakai apa..jerawat dah tak ada lagi..dia kate.."K De buat bekam je kat muka ni..pastu sapu minyak but but HPA"..

Teruja dengan itu..maka saya pun minta wajah saya di bekam..mana tau kalau kalau ada darah yang kotor menyebabkan kulit kita nampak kusam tu boleh cerah dan berseri pula..CEEWAAHH....dari kita pakai produk pemutih yang boleh mendatangkan mudarat...lebih baik kita amalkan apa yang RASULULLAH suruh...


BERBEKAM ITU SUNNAH..


Sekiranya rakan rakan blog berminat untuk mendapatkan rawatan bekam ini boleh lah layari blog DE IEMAN..Ada maklumat tentang berbekam di dalamnya. dan boleh buat janji temu dengannya.


Best tau berbekam nii..ngantukk..tidur lena sangat sangat..Insyallah tanda merah tu akan hilang dalam beberapa hari..tapi kannnnnnn..mama kiter buat tak tau jeee..keluar juga g kemana mana..Orang pandang pun pelik gak..nape lah dgn wajah mama kiter ni..

Hahaha..selepas balik dari berbekam tuu..hubby terperanjat..dia tanyee.."kenapa dengan muka ni?" hahahaha...hubby cakap..nanti tak pasal pasal pulak orang ingatkan isteri dia kena dera..anak anak pun gelak juga..tp sekarang dah pudar dah bekas bekam tuu..hubby kembali dari out station nanti..kira dah tak ade bekas lah di wajahku..

Kak Mimiee..marilah join bekam nii..bagus tau..lebih lebih lagi pada orang yang ada resdung..

BIRTHDAY KAKAK



Hari ini bersamaan 4/8/09 adalah hari lahir anak mama kiter yang no 2..DIYANA(kakak)..Alhamdulillah dah 23 tahun usianya..kalau ada rezeki dan jodoh..Insyallah akan berumahtangga lah anak ku ini pada tahun depan. Mama n Abah (panggilan abah oleh kakak n abang) doakan semoga kakak di Rahmahti dan di Berkati oleh ALLAH dan di kurniakan Iman dan Taqwa, semoga kakak menjadi wanita solehah..Amin...

Oleh kerana hubby out station minggu ini..so kami telahpun meraikan ulangtahun kelahiran kakak awal 2 hari..iaitu pada 2/8/09 bersam
aan hari ahad. Abah belanja makan di JM BARIANI HOUSE terletak di BANGI.. Mama ni memang kurang sikitlah bab bab nasi beriani ni..tapi ok lah..not bad juga lah rasanya bagi orang yang suka...Kakak sedih coz tak ada kek..huhuhu..sian dia..nak buat macam mane...mana tau hari ini kalau kalau ada orang nak sponser kek pula untuk kakak..so..tunggu je lah...

TO Kakak..Mama n Abah Always luv u..Muahhh....

Jom kita layan n zass nasi beriani di JM BARIANI HOUSE..Intai intai menu yang di sediakan




Kad Menu nasi Beriani



Terdapat berbagai bagai menu nasi beriani




Kakak oder beriani ayam merah


Wajah comel kakak semasa ber
usia 10 hari



Kakak dah pandai meniarap

kakak dah pandai merangkak

kakak dah pandai bergaya


kakak berusia 6 tahun


Kakak sekarang




Hmm kakak ni..masa lahir kulitnya memang gelap sangat sangat..ALLAH maha mengetahui dan maha adil kerana mengizinkan mama bersalin di rumah...kalau bersalin di hospital..mungkin curiga juga..Semasa kecil, macam macam gelaran kakak dapat..hahahaha tapi mama dan abah tetap sayang...Kakak pernah tanya..kenapa kakak lain dari adik beradik yang lain..bila kakak nak jadi cerah macam adik beradik yang lain...

Mama dan abah selalu cakp..nanti bila kakak dah besar...kakak cerah lah..kakak salin kulit macam dayang senandung..kakak tanya mama, betul ke macam tu..mama kate betul sebab mama pun masa kecil kecil gelap juga...bila dah remaja..kulit makin cerah..

Kakak tanya lagi..ada ke orang nak kawin dengan akak na
nti..mama kata..Insyallah ada...Alhamdulillah..dah bertunang pun....

Kakak tak pakai produk pemutih tau...jangan salah faham...dia cerah semula jadi...



Kakak semasa hari pertunangan..6/6/09





Masa baru baru dapat baby..kakak tanya mama..bila baby ni nak hitam macam kakak...untuk menjaga hati kakak..mama pun cakap lah...nanti dah besar sikit..hitam lah baby ni.. Nak tau...tunggu punya tunggu c baby tak juga hitam dan makin gebu...kakak tanya mama lagi..maaa..bila baby ni nak mati...hahahaha..mama pun pujuk lah kakak...mama cakap..ALLAH saja lah yang tahu bila..mama tak tau...Ye lah...kakak masa tu masih kecil dan tak cerdik lagi..dia cuma hairan kenapa dia lain dari adik beradiknya..



Rupa rupanya sampailah kakak remaja..dia masih terasa hati mengapa dia lain...mama tidak lah pula tahu...coz tengok kakak macam biasa je kat rumah...nak di jadikan cerita..semasa kakak belajar di kolej perubatan PPUM dalam bidang Teknologi Makmal Perubatan...dalam diam diam kakak telah buat ujian darah untuk mengesahkan yang kakak betul ke anak mama dan abah..

Nak di jadikan cerita..semasa ujian kali pertama kakak dapati ujian darahnya berlainan daripada mama dan abah..Mama O positif..abah A positif...kakak pula O negetif...hahahaha..menangis nangis kakak call mama..kakak suruh mama cakap betul betul...kakak anak siapa..coz darah kakak ni kebanyakkannye untuk orang india..jenuh mama terangkan dari A sampai Z bahawa kakak anak mama dan abah...nenek yang jadi saksi sebab mama bersalin di rumah nenek...kakak tak puas hati..balik kampung..kakak tanya nenek...Walaupun nenek bercakap benda yang sama macam mama cakap...

Akhirnya mama suruh kakak buat ujian kali ke2..m
ana tau kalau kalau ujian yang pertama ada kesilapan..Alhamdulillah..bila kakak buat ujian kali ke2 dan seterusnya..haaaaaaa..sahhhh..kakak anak mama dan abahhhhhh....Jenuh kannnnnnn....

Moralnya...bila kita ada anak..janganlah kita suka cakap..mama ambil kat hospital..mama ambil anak cina or anak sesiapa lah...m
ama jumpa kat mana mana..anak akan simpan hatiiii...kakak ni di sebabkan sedara mara suka usik...tu yang dia betul betul ingat yang dia anak orang lain...



Kakak bersama teman sekerja..main main ye...patient tak de lah tuuu
berlatih bersanding di bilik ultrasound..klepak klepak klepung


Dalam kereta bersama abah..On the way nak balik rumah






PERHATIAN-ni anak mama kiter DIYANA yg tulis
Anda sume perasan kn,dlm gbr (time kecik2) tu sy berambut nipis atau senang kate agak kebotakan sket la..mama kate,time kecik2 dlu if g jln,mama akan ikat rambut kiri kanan..org2 akn gelak coz rmbt sy nipis sgt sebesar batang mancis..sgt x comel ok..

jd,usaha mama nk melebat kn rmbut sy,mama akn lumur kepala sy hr2 dgn minyak kulit ayam buatan mama sendiri..Puan2 dan Encik2 sekalian,sy nk kongsikn sket resepi minyak kulit ayam..

Minyak Kulit Ayam Mama Kiter
Bahan2 nya:
1.Kulit ayam daripada ayam..(x penah lg cuba resepi ni guna kulit lembu)
2.Daun pandan (blh ambik kt blakang rmh,if xde mintak la sket kt jiran sebelah..pastu jgn lupa hadiahkn sket minyak kulit ayam kepada beliau)
3.Periuk (terpulang pd anda nk bsr mane periuk tu..kawah pn x pe)
4.Dapur..x kira la,dapur gas,dapur kayu,dapur arang,sume pn boleh..
5.Tong gas..pastikn ade gas..jenama ape x kisah..sy ske gas jenama Esso (dia jimat sket),tp kt rmh ni mama guna Petronas n Shell

Cara2nya:
1.Letak periuk atas dapur
2.Masukn kulit ayam,daun pandan ke dalam periuk
3.Pasangkn api.
4.BIarkan sehingga kulit ayam garing & keluar kn minyak.
5.Siap..sejukan terlebih dahulu sebelum melumur ke atas kepala
6.Simpan minyak yg da siap dlm botol..x kisah la botol ape pn,botol susu,kicap,cili sos..
7.Labelkan dgn nama MINYAK KULIT AYAM..

SELAMAT MENCUBA

p/s: tima kasih mama,bg tulis sket dlm blog ni..

HAPPY BIRTHDAY TO ME