Friday, October 30, 2009

KERINDUAN YANG TIDAK TERTANGGUNG

Syahdu menerjah pintu hati mama kiter apabila berziarah kelaman Kakpah malam tadi. Puas menahan sebak, akhirnya menitis jua air mata mama kiter apabila membaca cerita kakpah akan berangkat ke tanah suci pada 4/11/09 ini. Sesungguhnya mama kiter terlalu ingin menunaikan ibadah haji didalam waktu terdekat, tetapi Allah lebih mengetahui bila mama kiter akan dijemput menjadi tetamunya.

Sekembalinya mama kiter dari menunaikan Umrah pada tahun 2007, mama kiter telah membuat rayuan di tabung haji untuk menunaikan haji pula pada tahun 2008. Mungkin belum ada rezeki mama kiter lagi...masih belum berpeluang untuk menunaikan rukun islam yang ke5.

Setiap kali mendengar, melihat orang pergi haji, mama kiter terasa amat sebak..rindunya untuk kesana lagi, hanya Allah yang tahu. Tanyalah dengan sesiapa yang telah pernah sampai kesana, semuanya akan berkata benda yang sama, rindu dan rasa mahu kesana lagi. Semuga Allah menjemput juga mama kiter dan juga ahli keluarga ke Tanah Sucinya untuk melakukan ibadah haji serta umrah, Insyallah...

Buat Kakpah, mama kiter panjatkan doa kehadrat Allah, semuga Kakpah dan suami mendapat haji yang mabrur. Selamat pergi dan juga selamat kembali..


Masjidil Haram di Mekah

Masjid Nabawi di Madinah.

Kaabah, kiblat seluruh umat Islam.

Mama kiter dan hubby.

Hubby bersama Pk chu, ipar mama kiter.

Bersama hubby di ladang unta.

Ucu sentiasa ikut kemana mama kiter pergi.

5 comments:

  1. InsyaAllah kita sama-sama doakan semoga mama anda dapat ke sana secepat mungkin, bertuah mama itu kerana punyai anak yang sangat prihatin akan impian mamanya,

    ReplyDelete
  2. salam cikgu Zam..tq kerana sudi singgah dan membaca laman mama..buat pengetahuan cikgu zam..mama kiter yang dimaksudkan adalah nickname saya..so yng di maksudkan didalam cerita ini adalah saya..

    ibubapa mama kiter telah pun menunaikan ibadah haji dan juga telah kembalik ke rahmatullah beberapa tahun yang lalu..

    ReplyDelete
  3. mama..

    insyaallah...tentu ada peluang tuk mama menunaikan rukun islam ke5

    insyaallah mama...

    ReplyDelete
  4. berbahagialah mereka yg menjadi tetamuNya...bkn semua org dibukakan hati utk kesana...
    saya pun sentiasa berdoa..berharap..utk menjadi tetamuNya satu hari nanti..

    ReplyDelete
  5. salam mama...mama dah pernah kesana...tentunya bestkan jadi tetamu allah...

    ReplyDelete