Friday, October 23, 2009

SAKIT KEPALA DAN BERBEKAM

Beberapa minggu selepas menyambut syawal, mama kiter telah mengalami pening kepala dan muntah muntah..Mungkin kerana sebulan berpuasa, perut dan tubuh berehat dari memperoses makanan yang masuk berkali kali dalam sehari, tiba tiba bulan syawal perut dan tubuh dikejutkan dengan tugasan overtime..selagi ada jamuan rumah terbuka, selagi ada tetamu datang dan selagi kita berkunjung kerumah sanak saudara dan kenalan, selagi itulah perut dan tubuh dipakse menerima dan bertugas.

Bila perut dan tubuh sudah tidak tahan dengan overtimenya, maka isyarat telah disampaikan keotak supaya memberitahu tuan tubuh bahawa meraka tidak mampu lagi menanggung bebanan tugas..Tubuh mula memberi isyarat seperti sakit badan, sakit perut,sakit tekak, sakit kepala, tekanan darah tinggi, gula dalam darah meningkat dan bermacam macam lagi penyakit yang sampai.

Tidak terkecuali mama kiter telah diberi isyarat seperti berat badan bertambah dan sakit kepala..Bila tidak tahan dengan kesakitan di kepala, mama kiter mengambil langkah untuk berbekam. Amalan berbekam ini adalah sunnah Rasulullah dan amat baik diamalkan. Selain mendapat pahala, kita juga dapat menjaga kesihatan, Insyallah..Alhamdulillah selepas mama kiter berbekam dikepala dan tengkuk, Masyallah..hilang sakit kepala yang di hidapi. Kepada rakan rakan yang belum mencuba kaedah rawatan berbekam ini, cuba lah dan rasailah kebaikkannye..Niatkan untuk menjunjung Sunnah Rasulullah, Insyallah ada keberkatan disitu..


Bekorban botakkan sedikit dikepala

3 comments:

  1. Hope u r okey the MamaKiter! ;) Take care ya!

    ReplyDelete
  2. ucu dah wat dah bekam kat kepala....alhamdulillah..migrin dah kurang sangatt..

    ReplyDelete