Friday, July 24, 2009

Wajah anak angkat Mama kiter



Inilah wajah Harith anak angkat ku yang kini berada di London kerana mengikuti ibunya menyambung studynya. Mama kiter mengasuh Harith dari umurnya 2 bulan sampailah 3 tahun..Mama kiter dan family sayang sangat-sangat dengan Harith macam anak kandung..Uishh masa hantar kat airport..kami semua menangis sebab terlalu sedih untuk berpisah dengan Harith selama 1 tahun..Insyallah tahun ini Harith akan kembali ke Malaysia...

Rindu pada Harith akan terubat kerana kata ibunya..insyallah Harith akan kembali duduk dengan mama kiter..Tak sabar tunggu Harith balik..

Sembilan petua doa dimakbul

BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab.

1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."

7. Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."

Ke rumah mimieloma

Tadi saya ke rumah mimieloma bersama-sama anak dan menantu saya. bukan main riang lg cik puan mimieloma kita tuuu.

Sempat jugaklah saya belajar macam mane nak masukkan email yang orang hantar kepada saya ke dalam blog saya..Tapi saya ni kurang faham lah lagi..kena leter lagi saya nii. Tak pe lah..bila saya balik rumah..saya belajar pulak dengan menantu saya..

Alhamdulillah..dah tau dah saya ha..nanti kalau ada email yang menarik..saya akan masukkan dalam blog saya niii..

Tunggu cucu





Haa dok tunggu yang macam ni lah ha..tak apalah..sabar dan tunggu je yee...Allah lom nak bagi Tok Mama dan tok Papa timang cucu sendiri lagi..so pinjam-pinjamlah cucu orang dulu..
Ni c Mahdi..cucu saudara Mama kiter lah...uishhh c Mahdi ni punya lah cerdik...baru umur 1 tahun lebih dah pandai dia wrestling anak angkat Mama kiter..sebab dia rasa dia dah besar sangat dah...anak angkat Mama kiter tu comel je walaupun sebaya c Mahdi..tapi yang kelakarnya c Mahdi ni..punyalah handal bersilat...ada jugak penakutnya...

Mahdi takut bola dan belon...kalau nampak 2 benda tu..dipeluknya c Mummy dia kuat-kuat. Punyalah Mahdi takut 2 benda tu...terbeliak mata dia memandang bola dan belon tuu...panjang-panjang muncung dia marahkan bola dan belon.Terjongket-jongket kaki dia berlari..Mahdiiii...Mahdiiii..cubit sikit pipi tuuu...Sayang Tok Mama...

KATA-KATA HIKMAT

BERPEGANG TEGUHLAH DENGAN KITAB ALLAH DAN SUNNAH RASULULLAH.

ALLAH TIDAK TERIMA DOA ORANG YANG MENGIKUT HAWA NAFSU AMARAH.

TIDAK GUNA HIDUP KALAU MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI SAHAJA.

BILA BUAT SESUATU MENGIKUT HAWA NAFSU MAKA AKAN TIMBULLAH PENYESALAN YANG BERPANJANGAN.

Petikan kata-kata Hikmat ini saya ambil dari Buku Ruhul Zikri Jilid 1.
Pesanan seorang Tuan Guru kepada ank-anak muridnya.
Semoga kita semua dapat menghayati dan muhasabah diri apabila membaca pesanan Tuan Guru ini..Insyallah..Semoga kita semua di anugerahkan TAUFIK dan HIDAYAH dari ALLAH.

Thursday, July 23, 2009

Cari Kawan-kawan Lama

Sejak ada blog ni..saya terus teringat kepada kawan-kawan lama saya semasa saya menuntut di Sekolah Menengah Tunku Durah Seremban. Saya memulakan sekolah saya pada tahun 1977 iaitu di tingkatan 1 dan berakhir pada tahun 1979. Selepas peperiksaan SRP pada waktu itu..(sekarang PMR) saya telah pun memasuki sekolah Al Arqam di Sungai Pencala. Tak lama pun..dah kena kawin...

Di antara kawan-kawan saya yang masih saya ingat walaupun dah berpuluh tahun tak jumpa sejak tahun 1979 diantaranya ialah...Norsheila Amin..Khadijah Mahat..Musalmah..Halimah..Roslina..Nora..Khairulnizam(perempuan tau)..nama dia sama macam lelaki..Cikgu pun pening jugak...

Ramai lagi kawan-kawan saya..tapi saya dah tak ingat dah nama-nama mereka di sebabkan berpuluh tahun tak jumpa..Jadi dengan adanya blog ini..mudah-mudahan dapatlah kiranya saya jumpa ataupun berhubung kembali dengan kawan-kawan sekolah saya sekiranya kalian masih ingatkan saya..jadi sekiranya ada di antara kamu yang ingat kepada ANITA MARZUKI seorang budak perempuan yang mula-mula sekali pakai tudung di sekolah tersebut iaitu di sesi petang. Tudung yang mula-mula saya pakai semasa sekolah ialah warna hijau..hahaha..lawan undang-undang sekolah..sepatutnya kena pakai warna putih...tp kalau ikutkan di waktu itu sememangnya sekolah tidak membenarkan pelajar memakai tudung.

Di waktu dan tahun itu amat jarang orang perempuan memakai tudung..hatta Ustazah pun pakai selendang macam Ct Nurhaliza je..nampak jambul lahhh..bila anak murid pakai tudung..hmm kena jeling dengan ustazah...yelah...zaman tu fobia orang dengan tudung..Zaman sekarang tudung dah jadi pakaian wajib tetapi cara pakai pulak tak betul..Soriiii...jgn marah yeee...

Wahai kawan-kawan yang mengenali saya..sudi-sudilah ziarah blog saya...nak tau jugak perkembangan kawan-kawan di sana..dah ada menantu ke..cucu ke..saya dah ada menantu dahhhh...cucu je masih dalam senarai menunggu..bila lah agaknyeeee..

Kelebihan Radix HPA

Semasa saya pergi class HPA tempoh hari..saya telah pun belajar ape itu Radix..Biasalah..belajar dengan Herbalis Tuan Haji Ramly..ye lah, kalau tak belajar macam mane kita nak dapat ilmu..
Apa yang saya faham(kalau salah tolong betulkan)maksud Radix itu adalah akar. Jadi didalam HPA ada sejenis produk yang di namakan Radix bermakna ada beberapa jenis akar tumbuh-tumbuhan yang di adunkan untuk menjadi satu herba yang baik untuk kesihatan.
Diantara khasiat Radix yang saya ingat semasa belajar di dalam class tempoh hari adalah:

1) Menurunkan panas panas badan bagi orang demam sekiranya radix di ambil bersama Malac.

2) Amat baik untuk mengatasi penyakit athma sekiranya di ambil bersama Morin A.

3) Radix bertindak sebagai penolak angin bagi orang yang menghidap gastrik dan ulser.

4) Memberi keseimbangan horman kepada wanita agar tidak dingin suami.

5)Membantu memekatkan sperma bagi orang lelaki.

6) Membantu memperbanyakkan pengeluaran urin dan memperbaikkan ginjal.

7) Merangsang hormon endrogen bagi lelaki dan hormon estrogen bagi wanita.

Itu sahaja yang saya ingat pasal Radix..Saya x buat nota..jadi saya ingat-ingat gitu-gitu sahajalah..sekiranya ada kekurangan dalam penerangan saya ini..saya mohon maaf..

Kembalilah kepada makanan yanag halal lagi suci..semoga ALLAH menurunkan Rahmatnya kepada kita semua..AMINNN...
Mencari dan makan yang Halal lagi Suci adalah perintah ALLAH..Bersama-samalah kita menjunjung perintah ALLAH semoga kita di kuniakan KEBERKATANYA kepada kesihatan kita.