Friday, July 31, 2009
TAKUTNYA
Mengisahkan ada 3 pembekal ayam yang di saman oleh kerana telah membekalkan ayam yang tidak di sembelih. Dan juga mereka telah melakukan KHIANAT dengan meletakkan label HALAL ke atas ayam ayam tersebut..
Bayangkann..sekarang ni..orang orang ISLAM telah termakan dgn tidak sengaja haiwan yang tidak halal..atau di takrifkan BANGKAI dari segi HUKUM FEQAH. Dalam KOSMO ONLINE yang saya baca pagi ini pun memaparkan berita LEMBU yang di tembak mati dan di lapah tanpa sembelih untuk di jual kepada orang ramai...ini kerja orang melayu kita..macam mane niiii...
Orang MELAYU dan berugama ISLAM pun mengkhianati UGAMA dan BANGSA sendiri...tak takut ke mereka dengan AZAB ALLAH...Patutlah orang melayu dan anak anak kita sekarang telah rosak AKHLAK seperti yang di singkap oleh MASTIKA setiap bulan. Di antara sebabnya jadi begitu..salah satunya ialah memakan benda yang haram..walaupun sememangya tidak minum arak atau sebagainya...tetapi kita telah termakan dengan tidak sengaja haiwan yang pada asalnya HALAL bagi kita..telah menjadi HARAM di sebabkan tidak di SEMBELIH mengikut SYARAK...
Moralnya..Berhati hatilah kita apabila membeli makanan..kalau boleh pastikan kita dapat yang benar benar halal..Beli lah ayam dan daging ORGANIK keluaran HPA...sudah pasti SUCI LAGI HALAL...
YANG HALAL ITU DI HISAB.....YANG HARAM ITU DI AZAB..MAKA TAKUTLAH DENGAN AZAB ALLAH...
Mari kita sama sama renung renungkannnn...
JAHITAN KU




C KENITKU
Petang semlam tu baru dapat ambil gambar dia..itu pun kurang jelas lah..coz guna camera hp boboy jee..nanti yeeee..mama beli hp canggih untuk mama..boleh lah ambil macam macam gambar yang menarik...
Hmm baby ni saya start jaga dari umur 2 bulan lg..dulu saya jaga baby boy..now saya jaga baby girl pulak...Insyallah..tak lama lagi baby boy yang saya jaga tu..nak balik malaysia dah..mengikut kata ibunya..Insyallah 30/8/09 nanti sampailah mereka ke tanah air sendiri..
Teruja nak jumpa niii..coz dah 1 tahun tak jumpa..tp still contack online at yahoo..chating lerrr...Balik nantiii...duduk dengan mama semula..uiihhh meriahlah rumah kuu...



Thursday, July 30, 2009
CERITA DARI CERIBON
Di sini dapat kita lihat..rumah bunglo yang tersergam indah..tetapi pembuatannya membuat saya berfikir...kenapa orang kita tidak begitu kreatif...termasuklah saya..mungkin..negara kita mewah...Mengikut cerita my hubby...penduduk kampung yang beliau temui dan berbual..mereka dpt membuat rumah dengan kos yang amat rendah di sebabkan pembuatan batu bata di buat sendiri oleh penduduk kampung...Allah kurniakan ilmu kepada mereka untuk mencampurkan tanah liat sawah bersama jerami padi yang telah kering untuk di jadikan batu bata..dan tegak berdirilah sebuah bunglo ini...
Rata rata penduduk kampung tersebut memilik rumah batu yang di buat sendiri batu batanya..menurut my hubby..walaupun keseluruhan penduduk kampung tersebut mendiami rumah batu..tetapi mereka adalah orang susah..Hmm..kita di Malaysia...kalau duduk rumah batu..dah di kira orang mewah..Pada saya..tidaklah mewah kita sebenarnya...kerana kita beli rumah dengan loan...(berhutang). Mereka buat rumah tanpa hutang...Renung renungkan lahhh...
Sama sama lah kita lihat sebuah bunglo milik penduduk sebuah kampung di daerah Ceribon.
Jerami padi
JOM JOM JOM....JOM KITA BELAJAR BUAT BATU BATA....
DAFTAR SEKARANG..
ANAK ANAK KU SAYANG
Jangan marah tau bila tengok gambar anak anak saya nii..bukan apee..nak buat kelainan sikit lah...soriii tauu gambar tak clear sangat coz gambar lama dan snap pun pakai hp boboy je..x berapa cantik lerr...ye lahhh..hp murah jee so kualiti gambar tak berapa bagus...
Nanti saya cerita pasal anak anak saya pula yee..Jumpa di lain siri...TUNGGUU!!!!!!!




MAKAN DI LUAR
Anak anak pon dah merengek rengek juga bila ais cream, jajan mereka dah tiada dalam peti ais..aduhhh menyanyi nyanyi anak anakku dengan lirik yang menyentuh perasaanku..sepertiii..Maaaaaa..lapar lahhhhh..tak benda nak makan keeeee..maaaa..nak ais cream..maaa..nak nugget..maaa nak coklat dan berbagai bagai lagilah yang memilukannnnn hati mama..Mulai sekarang mama bagi syarat pada anak anak..nak makan ais cream..just HPA punya..nugget..HPA punya...air berkabonat..HPA punya.. sudah tentu HALAL lagi SUCI.
Biasalah..kalau dah keluar tuuu...mulalah nak menyinggah nyinggah ke restaurant ataupun kedai mamak untuk mengisi perut...Lapar lah pulak bila dah berjalan menolak troly yang sarat dengan barang barang dapor...Bila dah makan..barulah rasa KUAT LAH PULOK...bak kata PAK M RAJOLI...
WAJAH WAJAH KESAYANGAN HAMBA

ANITA
Inilah wajah kesayangan hamba..mak dan bapak yang di kasihi, di cintai dan di rindui..Gambar bapak dan mak di ambil setahun sebelom bapak meninggal dunia (kalau tak silap dan lebih kuranglah). Gambar mak dan saya selepas beberapa hari bapak meninggal dunia..ketika kami menyambut syawal.Jelas mak berwajah sendu, tiada lagi senyum di bibir mak..jauh renungannya..Hatinya penuh kerinduan kepada bapak..60 tahun berkongsi hidup..terlalu sunyi baginya hidup tanpa bapak..Lara hati mak tidak dapat di penuhi oleh kami anak anaknya..tidak ada keriangan di hati mak..hati mak telah di bawa pergi oleh bapak..Aduhh...hargailah pasangan kita...
Untung ada gambar...boleh juga di lihat bila rindu..hanya doa dan AL FATIHAH sahaja di hadiahkan setiap hari kepada mak dan bapak. Semoga ALLAH menempatkan roh mak dan bapak di dalam golongan yang mendapat rahmat ALLAH dan SYAFAAT RASULULLAH..AMIN...
Kepada rakan rakan yang mengunjungi blog saya...pada pandangan kalian semua..mirip siapakah wajah hamba..mak or bapak...
DI MANA ANAK ANAK KITA
Di hati ayah pula,akan ku banting tulang empat keratku untuk kesejahteraan hidup anakku..akan ku pastikan hidup anakku tidak melarat..Itulah sumpah sang ibu dan ayah untuk kehidupan anak anaknya.
Kelahiran anak di anggap berlian yang berkilauan..di jaga dengan baik..di tatang bagai minyak yang penoh..di gilap agar seri cahaya tidak pudar..
Kasih dan sayang tiada tandingan, riang hati bila melihat anak membesar di depan mata..sentiasa mendoakan anak di rahmati,di berkati,di pelihara oleh yang MAHA ESA. Sentisa berdoa semoga anak menjadi soleh dan solehah.
Anak di didik sebaik mungkin..pelajaran dunia dan akhirat seiring, ibu dan ayah tidak mengerti ilmu dunia, anak di hantar ke sekolah agar di didik dan di bimbing oleh sang guru, ibu dan ayah tidak bijak ilmu akhirat, pendakwah di panggil kerumah agar seisi rumah dapat belajar bersama..Niat ibu dan ayah agar anak anak dapat iman dan taqwa..doa ibu dan ayah agar anak anak menjadi anak yang soleh, dapat mendoakan ibu dan ayah..
Tetapi anak anak tidak mengerti apa yang ibu dan ayah impikan..apa yang ibu dan ayah doakan..apa yang ibu dan ayah harapkan..anak anak rasa, kami masih muda...kami mau rasa, kami mau buat, kami mau keseronokkan...kenapa ibu dan ayah katakan..ITU INI TIDAK BOLEH..anak anak rasa jemu dengan leteran ibu dan ayah..anak anak
rasa penat dan benci dengan teguran ibu dan ayah..anak anak mengharap ibu dan ayah faham akan kehendaknya..
Bagaimana ibu dan ayah mahu setuju dengan kehendak anak anak yang keterlaluan..hmm susahnya..tidak di ikut..anak anak memberontak..lari dari rumah..ikut kawan kawan..mengurung diri...macam macam kebarangkalian yang anak anak boleh lakukan..janji hatinya puas..
Kalau di ikutkan..anak anak makin demand..woww..bestnyaa..aku dapat semua aku nak..bisik hati sang anak..aduhhh..menderita hati ibu dan ayah..takutnya hati ibu dan ayah akan azab ALLAH..takutnya hati ibu dan ayah, kalau kalau anak anak tidak mahu ikut perintah ALLAH dan SUNNAH RASULULLAH..
Tetapi kasih dan sayang ibu dan ayah tiada akhirnya..walau sakit, walau menderita, walau hancur luluh hatinya..doa tetap di panjat ke HADRAT ILAHI, sentiasa berdoa semoga ALLAH kurniakan TAUFIK dan HIDAYAHNYA kepada sang anak;
YA ALLAH...JANGAN KAU AMBIL NYAWA ANAK ANAKKU SEHINGGA MEREKA KEMBALI BERTAUBAT KEPADA MU YA ALLAH..JANGAN KAU MATIKAN ANAK ANAKKU DALAM KEHINAAN YA ALLAH..JANGAN KAU AZAB ANAK ANAKKU YA ALLAH..KURNIAKANLAH KEMULIAAN BUAT ANAK ANAKKU DI DUNIA..LEBIH LEBIH LAGI DI AKHIRAT..YA ALLAH..KAU AMPUNKANLAH SEGALA DOSA DOSA ANAK ANAK KU...
Begitulah rintihan ibu dan ayah kepada ALLAH..kasihnya ibu dan ayah kepada anak anak..Persoalannya..adakah anak anak begitu rasa kasihnya kepada ibu dan ayah..sama sama lah kita renungkan..berbagai bagai cerita kita dengar..kita baca mutakhir ini...anak anak sanggup pukul, terajang, sepak dan tetak dan bunuh ibu dan bapa kandung..NAUZUBILLAH..kemanakah perginya kasih dan sayang anak anak mutakhir ini..
Nyatalah RASULULLAH berkata benar apabila baginda mengatakan: Di akhir zaman..anak anak jadi tuan..ibu bapa jadi hamba..
ALLAH juga berfirman..ANAK ANAK adalah fitnah buat KAMU (ibubapa).
Di manakan anak anak kita...Semoga anak anak Mama n Papa menjadi insan yang BERIMAN dan BERTQWA..AMINNNN....
MAMA N PAPA ALWAYS LUV U ALLS...
Wednesday, July 29, 2009
Jawapan TAG dari Seiring jalan
JAWAPAN :
4 orang anak..2 boy, 2 girl.
2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
JAWAPAN :
Dah tak ada dalam perancangan sebab tunggu cucu jerrr.
3. Nyatakan nama anak anda & apa makna nama anak anda dlm Islam??
JAWAPAN :
a. Mohd Hilmi..
Maknanya..lemah lembut yang terpuji. memang cool je dia nii.
b. Farhan Diyana..
Maknanya..Kegembiraan Agama kami...memang baik pun dia nii..
c. Farhan Nur 'Atiqah..
Maknanya..Kegembiraan cahaya yang mulia...mudah mudahan jadi wanita solehah...Aminnnn...
d. Mohd Feez..
Maknanya..Yang berjaya...mudah mudahan berjaya di dunia, lebih lebih lagi di akhirat..Aminnn.
4. Siapakah yg memberikan nama anak anda??
JAWAPAN :
Mama n Papa mereka lah.
5. Dari mana tercetusnya idea memberikan nama anak anda??
JAWAPAN :
Ambil dari buku Nama dalam Islam.
6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yg akan anda beri?
JAWAPAN :
Hmm kalau boy..Mohd Danial..
kalau Girl..Farhan Nur Hannah sempena nama ibuku..
tapi dah tak de dah rasa rasanya..tunggu cucu lahhh..
7. Berapakah perancangan anak yg anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy???
JAWAPAN :
Memang dalam perancangan 4 orang lah..2 boy..2 girl..
kalau dapt 5..nak tambah jd 6..nak dapat sama banyak boy n girl...
dah dapat 4 n sama banyak..stop lah..cukup dahhhh...
8. Bagi yg mempunyai anak lebih dari seorg...nyatakan jaraknya beza umur anak anda?
JAWAPAN :
Mohd Hilmi (abg) jarak 3 tahun daripada Diyana (kakak)..
Diyana jarak 6 tahun daripada Nur 'Atiqah (baby)..
Nur 'Atiqah jarak 3 tahun daripada Mohd Faeez (boboy).
9. Untuk kelahiran anak anda yg akan datang..anda nak Girl @ Boy?? Nyatakan sebabnya??
JAWAPAN :
Rasa rasanya dah tak de dah kot...dah ada menantu dahhh..
Uishhh malu lerrr..tak yah lah beranak lagi...tahun depan dapat menantu lagi..udah udah lerr tuu...maluuuuu....
Tunggu cucu lerrr mama kateeeee...
10. Apa ciri2 persamaan anda & anak anda??
JAWAPAN :
Ciri ciri mama n anak yang sama ialah...
Tak boleh tengok orang susah n orang tua..mesti syahduuu..aduhhhh....
11. Upload gambar anak anda untuk tontonan semua rakan blogger..
Haaa yang ini..nanti yerrr..kena cari dulu...
Gambar diyana dah ade dah..yang bertunang tuuu..
Tunggu yeee....
OLE OLE dari CIREBON
Hmmm kalau teringin nak jadi Jutawan sementara..tukarlah RM kepada Rp..memang comfirm jadi Jutawan segera.
So untuk tidak menghampakan anak anak di rumah..Papa pun belikan lah juga ole ole dari Cirebon ni untuk anak anak papa..Yang riang tak terkira c kakak n baby lah..coz dapat T-shirt cantik...Boboy sedih gitu coz dapat T-shirt pagoda sahaja..
Untuk meredakan rajuk c Boboy tu...papa pun terangkanlah bahawa papa bukan pergi nak shoping n tak sempat pun nak meninjau ninjau kedai coz masa amat terhad..lagipun papa selalu dengar boboy cakap suka pakai T-shirt pagoda tu untuk pergi sekolah...kalau basuh pun belum sempat kering di ampaian boboy dah nak pakai juga..so papa tambahkan lah lagi koleksi T-shirt pagoda ni untuk Boboy..Alhamdulillah..Boboy boleh terima pujukkan papa..
Punyalah murah barang barang di indonesia ni..dan kaya lah pula kalau kita ke sana...bayangkan my hubby tukar RM 355 dapat Rp 1juta...Jutawan segera tuuu...so kepada sesiapa yang nak bershoping..silalah ke indonesia...
Teringin nak ke BANDUNG...bila agaknya yeeee..Jom kita ramai ramai pergi BANDUNG...
My hubby bercadang nak pergi lepas raya..Insyallah..siapa berminat..kita buat grouping ke BANDUNG..JOM JOM ke BANDUNG!!!!!!!
Tuesday, July 28, 2009
BAYAR BIL
Tapi bila saya belajar agama..ustaz ada menyentuh bab bersyukur...ustaz bagi contoh lah macam mana nak rasa bersyukur..
Salah satunya ialah bila kita dapat bayar bil..kita patut rasa bersyukur kepada ALLAH kerana dengan izin dan Rahmatnya di kurniakan kepada kita rezeki dan dapat pula kita bayar bil. Tidak pula kita berhutang..Ucapkan SYUKUR kepada ALLAH kerana di lapangkan rezeki. Kalau kita perhatikan orang lain mungkin ada yang berhutang...ada yang tertunggak bilnya..Kita pula dapat melangsaikan bayaran bil kita.
Hmm sejak dari hari itu..bila datang bil ke rumah..saya tak lah merungut lagi..ye lah kalau di fikirkan nak merungut buat apa..dah kita guna segala kemudahan..kita bayar je lah...banyak atau sedikit bil yang kita kena bayar..kita sendiri lah mau ingat..kalau rasa rasa bil talipon melambung..kurang kurangkanlah bergayut...kalau rasa rasa bil letrik dan bil air melambung..belajar belajarlah berjimat..
Moralnya ialah..MEMBAZIR itu kawan SYAITAN.
Monday, July 27, 2009
Biasa lah orang dulu dulu kawin muda..so dapat cucu pun masa umur masih muda...so anak dan cucu jadi sebaya..Cucu saudara mama ni..mama pernah pelihara semasa kecil..walaupun sekejap tapi dia tetap ingat yang mama pernah pelihara dia..so cucu mama ni..dok panggil mama jugak lah..
DI ANTARA NASIHAT SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI
AKHLAK MANUSIA
- 1) BERBOHONG
- 2) MENCURI
- 3) MEMAKI
- 4) SUKA MENIRU PERBUATAN YANG BURUK DAN KEJI
- "Empat perkara, barangsiapa yang ada padanya maka jadilah ia MUNAFIQ yang sebenar benarnya, dan sesiapa yang ada salah satu darinya, maka padanya satu sifat NIFAQ (MUNAFIQ) sehingga ia meninggalkannya."
(Riwayat Abdullah Amru)
- Rasulullah pernah berpesan bahawa sifat pembohong itu mendatangkan balasan yang amat pedih di sisi ALLAH.
- "Ada tiga kumpulan manusia yang ALLAH tidak bercakap dengan mereka, dan tidak membersihkan mereka dari azab yang pedih, iaitu ..orang tua yang berzina, raja yang berbohong dan keluarga yang takabur."
- (Riwayat Abu Hurairah)
Pengalaman Umrah
Sunday, July 26, 2009
UMRAH
Saturday, July 25, 2009
Cuti-cuti malaysia
Cuti-cuti Malaysia ni pada bulan Dis 2008. Kami bermalam di Taiping 2 malam. Keesokkannya kami turun pula ke Lumut untuk ke Pangkor. Malangnya tiada hotel dan chalet yang kosong. Maka sedihlah anak bongsu saya tu...untuk meredakan kesedihan anak bongsu saya itu... saya pun memujuk lah suami untuk mendaki ke Cameron Highland pula.
SELAMAT BERCUTI BERSAMA KELUARGA TERSAYANG.
Ucu ku sayang.
Ha inilah wajah adik kesayangan saya..c ucu. Ini pose dia bersama Hubbynya yang di cintai semasa majlis pertunangan anak saya pada 6/6/09. Punyalah c ucu ni mabuk nak bergambar konon-konon dia yang nikah pada hari tersebut. Setelah selesai sahaja majlis pertunangan anak saya..c ucu ni telah memaksa saya siapkan dia seperti pengantin perempuan untuk di nikahi. selepas saya touch up c ucu ni lebih kurang je...dia pun memaksa my hubby supaya mengambil pula gambarnya yang ala-ala orang lepas nikah tu..siap cium dahi lagi..Pada hal kawin dah 13 tahun ...
Ucu kate...haa..ucu teringin nak kawin lagi sekali dgn hubby ucu niii..nak rase cam pengantin baru. Ini lah petua untuk mengeratkan dan mengutuhkan kasih sayang diatara suami isteri..Kena jadi pengantin lagi sekali..Masaalahnya...saya kate pade ucu..kawin lah berkali-kali dengan hubby ucu tuuuuuuuuu...tetapi dah tidak ada perasaan takut dahhhhhh...Gatai betul adik bongsu saya niiiiiiii...
Semoga rumahtangga yang di bina berkekalan sehingga akhir hayat dan di beri keberkatan dan rahmat ALLAH hendaknya..AMINNNN YA RABBAL 'ALAMIN.
To my sis (UCU) I ALWAYS LOVE U....MUAHHH...
Majlis pertunangan anak gadis mama kiter.
Mama berdoa semoga anak mama menjadi seorang isteri yang solehah. Mudah-mudahan Allah menurunkan Rahmatnya kepada anak mama dan Saifullah...
Friday, July 24, 2009
Wajah anak angkat Mama kiter


Inilah wajah Harith anak angkat ku yang kini berada di London kerana mengikuti ibunya menyambung studynya. Mama kiter mengasuh Harith dari umurnya 2 bulan sampailah 3 tahun..Mama kiter dan family sayang sangat-sangat dengan Harith macam anak kandung..Uishh masa hantar kat airport..kami semua menangis sebab terlalu sedih untuk berpisah dengan Harith selama 1 tahun..Insyallah tahun ini Harith akan kembali ke Malaysia...
Rindu pada Harith akan terubat kerana kata ibunya..insyallah Harith akan kembali duduk dengan mama kiter..Tak sabar tunggu Harith balik..
Sembilan petua doa dimakbul
BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab.
1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."
6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."
7. Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."
8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'
9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."
Ke rumah mimieloma
Sempat jugaklah saya belajar macam mane nak masukkan email yang orang hantar kepada saya ke dalam blog saya..Tapi saya ni kurang faham lah lagi..kena leter lagi saya nii. Tak pe lah..bila saya balik rumah..saya belajar pulak dengan menantu saya..
Alhamdulillah..dah tau dah saya ha..nanti kalau ada email yang menarik..saya akan masukkan dalam blog saya niii..
Tunggu cucu


Mahdi takut bola dan belon...kalau nampak 2 benda tu..dipeluknya c Mummy dia kuat-kuat. Punyalah Mahdi takut 2 benda tu...terbeliak mata dia memandang bola dan belon tuu...panjang-panjang muncung dia marahkan bola dan belon.Terjongket-jongket kaki dia berlari..Mahdiiii...Mahdiiii..cubit sikit pipi tuuu...Sayang Tok Mama...
KATA-KATA HIKMAT
ALLAH TIDAK TERIMA DOA ORANG YANG MENGIKUT HAWA NAFSU AMARAH.
TIDAK GUNA HIDUP KALAU MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI SAHAJA.
BILA BUAT SESUATU MENGIKUT HAWA NAFSU MAKA AKAN TIMBULLAH PENYESALAN YANG BERPANJANGAN.
Petikan kata-kata Hikmat ini saya ambil dari Buku Ruhul Zikri Jilid 1.
Pesanan seorang Tuan Guru kepada ank-anak muridnya.
Semoga kita semua dapat menghayati dan muhasabah diri apabila membaca pesanan Tuan Guru ini..Insyallah..Semoga kita semua di anugerahkan TAUFIK dan HIDAYAH dari ALLAH.